Tuesday, August 17, 2010

PROGRAM PENGHAYATAN TAMAN LAUT MALAYSIA ZON TIMUR PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
















Pada 2 hingga 5 Ogos 2010, 2 orang pelajar SHAH PEKAN iaitu MOHD FIRDAUZ BIN ZAINAL ABIDIN & AMIRUL HAKIM BIN ASHARI telah terpilih menyertai program Penghayatan Taman Laut Malaysia Zon Timur Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di TAMAN LAUT PULAU TIOMAN,PAHANG.


Para pelajar telah menjalani beberapa iaitu Ceramah tentang Taman Laut Malaysia & Pengurusan Peralatan , Pengurusan Keselamatan & Keyakinan di air, Asas-asas Snorkerling, Kajian Flora & Fauna & Pengezonan Taman Laut.

Monday, August 16, 2010

PROGRAM PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA PELAJAR 3 YOY 256 LUMUT-LANGKAWI-LUMUT 2010

Tanggal 1 hingga 10 Ogos 2010, seorang pelajar ting.4 SHAH PEKAN iaitu MUMTAZ AKMAL BT MOHD MABROR telah terpilih mengikuti program berkenaan.Sebagai persediaan untuk pelayaran, peserta diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan selain membawa keperluan yang disarankan.

KEJOHANAN SKUASY MSSM MALAYSIA 6-12 JUN 2010


Pada 6- 12 Jun 2010 telah berlangsung Kejohanan Skuasy MSSM Malaysia yang bertempat di Dewan Skuasy & Badminton MBI Ipoh, Perak. Kontinjen Pahang telah menghantar pasukan Lelaki & Perempuan kategori 12, 15 & 18 tahun bagi menyertai acara berpasukan. Kategori lelaki bawah 12 tahun layak ke suku akhir, manakala lelaki kategori bawah 18 tahun layak ke akhir. Seorang pelajar SHAH PEKAN yang bernama MOHD DZULHARITH NOOR AZMAN telah mencipta nama kerana berjaya menjadi NAIB JUARA kategori lelaki bawah 18 tahun.

Wednesday, May 19, 2010

HARI KECEMERLANGAN SBP ZON TOMUR

Pada 11Mac- 15 Mac 2010, telah berlangsung aktiviti tahunan peringkat SBP iaitu Hari Kecemerlangan SBP peringkat Zon Timur di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang. Beberapa aktiviti dipertandingan iaitu bola keranjang Lelaki dan Perempuan Bawah 18 tahun serta pertandingan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Keputusan pertandingan pasukan bola keranjang SHAH PEKAN;Lelaki hanya layak ke pusingan ke-2 dengan memberi persaingan yang sengit manakala pasukan Perempuan hanya mampu memberi tentangan peringkat kumpulan sahaja.

Keputusan pertandingan pasukan bahas SHAH PEKAN;Bahasa Melayu tersungkur peringkat separuh akhir kepada pasukan tuan rumah manakala bahas Bahasa Inggeris sekadar menimba pengalaman.

SHAH PEKAN berazam memberi cabaran yang lebih bermakna pada tahun akan datang!

KEJOHANAN SQUASY MSSP 2010


Pada 30 April 2010 - 2 Mei 2010, SHAH PEKAN telah menghantar 6 orang pemain squasy ke Kejohanan Squasy Majlis Sukan Sekolah Pahang(MSSP). Penyertaan seramai 120 orang pemain dari 4 daerah iaitu Kuantan, Pekan, Temerloh dan Bera beradu tenaga bagi merebut gelaran empat teratas. Kejohanan selama 3 hari ini berlangsung di Gelanggang Squasy MSP, Telok Sisek, Kuantan. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki & Perempuan Bawah 12 tahun,Lelaki & Perempuan Bawah 15 tahun serta Lelaki & Perempuan Bawah 18 tahun.
Keputusan pertandingan Kategori Lelaki B18; Mohd Dzulharith b. Noor Azman- Naib Johan, Muuhammad Amirul Shazwan b. Shalin-ke-3 dan Mohd Afiq Asraf b. Kasman-ke-4. Kategori Perempuan B18 Tahun; Nur Aliah Natasha bt. Md Shahrulnizam-Johan dan Nurul Jannah bt. Ahmad Nazrin- Naib Johan.
3 tiga pelajar yang terpilih bagi mewakili Pahang ke Kejohanan Squasy MSSM di Perak iaitu Mohd Dzulharith, Nur Aliah Natasha dan Nurul Jannah. Taniah SHAH PEKAN!

Wednesday, April 28, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN MSSD PEKAN,2010.











Kejohanan Olahraga MSSD Pekan telah berlangsung pada 30 Mac hingga 1 April 2010, bertempat di SHAH Pekan, dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan.
Kejohanan disertai 16 buah sekolah menengah dan 5 kelompok sekolah rendah di dalam daerah Pekan.
Buat pertama kali dalam sejarah, kejohanan ini di hadiri oleh YM Tuan Muda Anakanda Tengku Mahkota Pahang yang mencemar duli menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pada hari penutupan kejohanan tersebut.
SHAH Pekan yang disertai oleh 67 pelajar dan dibimbing penuh oleh 9 guru terus bergaya dengan mengekalkan status JUARA selama 22 tahun berturut-turut. Namun begitu, SHAH Pekan kali ini dicabar hebat oleh SMK Pekan.
Semoga tahun hadapan SHAH Pekan terus mengungguli kejohanan ini.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH PEKAN KALI KE-XXI,2010.


Kejohanan Olahraga Tahunan Shah kali Ke-XXI telah berlangsung pada 28 Feb 2010. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya b. Zainal Abidin., AAP., AMN. Persaingan sengit yang mempamerkan aksi-aksi dan kesungguhan antara 4 rumah sukan memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Shah kali ini.(KOT Shah)
Persediaan telah dibuat setiap rumah sukan dengan pengurusan latihan berjadual yang dikendalikan oleh Unit Sukan dan Permainan iaitu Latihan Fizikal dan Daya Tahan Kardiovaskular(19/1-29/1/2010), Latihan Penyesuaian(1-5/1/2010), Sukantara(8- 11/2/2010), Acara-acara Sebelum Sukan(22-25/2/2010).
KOT Shah juga melibatkan pertandingan acara tarik tali, perbarisan, perhiasan rumah yang mana acara-acara seperti ini memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh ahli rumah sukan.
Acara dimeriahkan lagi dengan acara tarik tali antara guru dan ibubapa pelajar, acara jemputan 4 x 100m dan cabutan bertuah.
Keputusan KOT Shah pada kali ini, diungguli dengan Rumah Hamdan(779 mata), ke-2 Rumah Murad(713 mata), ke-3 Rumah Aminuddin(662 mata) dan ke-4 Rumah Rahman(651 mata). Sepanjang KOT Shah 3 rekod kejohanan diperbaharui iaitu dalam acara Lompat Jauh(5.50m) Bawah 15 Tahun,acara Lompat Tinggi(1.48m) Bawah 13 Tahun dan acara Lompat Kijang(11.25m) Bawah 15 Tahun.
Berikut adalah anugerah Olahragawan Lelaki 18 Tahun iaitu Mohd Faiz Jafari, Olahragawati Perempuan 18 Tahun; Nor Fazira Ashikin Zaifulshah, Olahragawan Lelaki 15;Sheikh Mohd Faiz Reidzuan Sheikh Alwi, Olahragawati Perempuan 15 Tahun;Nur Sabira Mohamed Saberi, Olahragawan Lelaki 13 Tahun;Mohd Firdaus Aminuddin dan Olahrawati Perempuan 13 Tahun; Nur Asyikin Kamal Malik.
Semoga kejohanan akan datang, berlangsung lebih meriah lagi.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SHAH KE-8,2010

Kejohanan Merentas Desa Shah ke-8, telah pada 6 Feb. 2010. Kejohanan ini melibatkan persaingan 4 rumah sukan iaitu Murad, Rahman,Aminuddin dan Hamdan. Penyertaan pelajar pada tahun ini amat menggalakkan iaitu hampir 85% yang menyertai larian pada hari kejohanan. Selebihnya para pelajar menjadi pembantu kepada guru pada hari kejohanan.
Sebelum kejohanan, semua para pelajar Shah Pekan diwajidkan menyertai latihan sebanyak 5 kali sebagai persediaan fizikal dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
Suasana kejohanan sungguh meriah sekali, kerana persaingan antara rumah begitu sengit! Penyertaan pelajar terbahagi 6 kategori iaitu LELAKI C, PEREMPUAN C, LELAKI B, PEREMPUAN B, LELAKI A dan PEREMPUAN A.
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut; RUMAH MURAD johan keseluruhan(533MATA), RUMAH HAMDAN naib johan(528 MATA), RUMAH AMINUDDIN tempat ke-3(520 MATA) dan ke-4 RUMAH RAHMAN(364 MATA). Kejohanan berakhir dengan peryampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori dan johan keseluruhan, majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Abdullah bin Musa.