Wednesday, April 28, 2010
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH PEKAN KALI KE-XXI,2010.
Kejohanan Olahraga Tahunan Shah kali Ke-XXI telah berlangsung pada 28 Feb 2010. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya b. Zainal Abidin., AAP., AMN. Persaingan sengit yang mempamerkan aksi-aksi dan kesungguhan antara 4 rumah sukan memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Shah kali ini.(KOT Shah)
Persediaan telah dibuat setiap rumah sukan dengan pengurusan latihan berjadual yang dikendalikan oleh Unit Sukan dan Permainan iaitu Latihan Fizikal dan Daya Tahan Kardiovaskular(19/1-29/1/2010), Latihan Penyesuaian(1-5/1/2010), Sukantara(8- 11/2/2010), Acara-acara Sebelum Sukan(22-25/2/2010).
KOT Shah juga melibatkan pertandingan acara tarik tali, perbarisan, perhiasan rumah yang mana acara-acara seperti ini memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh ahli rumah sukan.
Acara dimeriahkan lagi dengan acara tarik tali antara guru dan ibubapa pelajar, acara jemputan 4 x 100m dan cabutan bertuah.
Keputusan KOT Shah pada kali ini, diungguli dengan Rumah Hamdan(779 mata), ke-2 Rumah Murad(713 mata), ke-3 Rumah Aminuddin(662 mata) dan ke-4 Rumah Rahman(651 mata). Sepanjang KOT Shah 3 rekod kejohanan diperbaharui iaitu dalam acara Lompat Jauh(5.50m) Bawah 15 Tahun,acara Lompat Tinggi(1.48m) Bawah 13 Tahun dan acara Lompat Kijang(11.25m) Bawah 15 Tahun.
Berikut adalah anugerah Olahragawan Lelaki 18 Tahun iaitu Mohd Faiz Jafari, Olahragawati Perempuan 18 Tahun; Nor Fazira Ashikin Zaifulshah, Olahragawan Lelaki 15;Sheikh Mohd Faiz Reidzuan Sheikh Alwi, Olahragawati Perempuan 15 Tahun;Nur Sabira Mohamed Saberi, Olahragawan Lelaki 13 Tahun;Mohd Firdaus Aminuddin dan Olahrawati Perempuan 13 Tahun; Nur Asyikin Kamal Malik.
Semoga kejohanan akan datang, berlangsung lebih meriah lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment