Wednesday, April 28, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN MSSD PEKAN,2010.











Kejohanan Olahraga MSSD Pekan telah berlangsung pada 30 Mac hingga 1 April 2010, bertempat di SHAH Pekan, dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan.
Kejohanan disertai 16 buah sekolah menengah dan 5 kelompok sekolah rendah di dalam daerah Pekan.
Buat pertama kali dalam sejarah, kejohanan ini di hadiri oleh YM Tuan Muda Anakanda Tengku Mahkota Pahang yang mencemar duli menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang pada hari penutupan kejohanan tersebut.
SHAH Pekan yang disertai oleh 67 pelajar dan dibimbing penuh oleh 9 guru terus bergaya dengan mengekalkan status JUARA selama 22 tahun berturut-turut. Namun begitu, SHAH Pekan kali ini dicabar hebat oleh SMK Pekan.
Semoga tahun hadapan SHAH Pekan terus mengungguli kejohanan ini.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SHAH PEKAN KALI KE-XXI,2010.


Kejohanan Olahraga Tahunan Shah kali Ke-XXI telah berlangsung pada 28 Feb 2010. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan, En. Yahya b. Zainal Abidin., AAP., AMN. Persaingan sengit yang mempamerkan aksi-aksi dan kesungguhan antara 4 rumah sukan memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Shah kali ini.(KOT Shah)
Persediaan telah dibuat setiap rumah sukan dengan pengurusan latihan berjadual yang dikendalikan oleh Unit Sukan dan Permainan iaitu Latihan Fizikal dan Daya Tahan Kardiovaskular(19/1-29/1/2010), Latihan Penyesuaian(1-5/1/2010), Sukantara(8- 11/2/2010), Acara-acara Sebelum Sukan(22-25/2/2010).
KOT Shah juga melibatkan pertandingan acara tarik tali, perbarisan, perhiasan rumah yang mana acara-acara seperti ini memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh ahli rumah sukan.
Acara dimeriahkan lagi dengan acara tarik tali antara guru dan ibubapa pelajar, acara jemputan 4 x 100m dan cabutan bertuah.
Keputusan KOT Shah pada kali ini, diungguli dengan Rumah Hamdan(779 mata), ke-2 Rumah Murad(713 mata), ke-3 Rumah Aminuddin(662 mata) dan ke-4 Rumah Rahman(651 mata). Sepanjang KOT Shah 3 rekod kejohanan diperbaharui iaitu dalam acara Lompat Jauh(5.50m) Bawah 15 Tahun,acara Lompat Tinggi(1.48m) Bawah 13 Tahun dan acara Lompat Kijang(11.25m) Bawah 15 Tahun.
Berikut adalah anugerah Olahragawan Lelaki 18 Tahun iaitu Mohd Faiz Jafari, Olahragawati Perempuan 18 Tahun; Nor Fazira Ashikin Zaifulshah, Olahragawan Lelaki 15;Sheikh Mohd Faiz Reidzuan Sheikh Alwi, Olahragawati Perempuan 15 Tahun;Nur Sabira Mohamed Saberi, Olahragawan Lelaki 13 Tahun;Mohd Firdaus Aminuddin dan Olahrawati Perempuan 13 Tahun; Nur Asyikin Kamal Malik.
Semoga kejohanan akan datang, berlangsung lebih meriah lagi.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SHAH KE-8,2010

Kejohanan Merentas Desa Shah ke-8, telah pada 6 Feb. 2010. Kejohanan ini melibatkan persaingan 4 rumah sukan iaitu Murad, Rahman,Aminuddin dan Hamdan. Penyertaan pelajar pada tahun ini amat menggalakkan iaitu hampir 85% yang menyertai larian pada hari kejohanan. Selebihnya para pelajar menjadi pembantu kepada guru pada hari kejohanan.
Sebelum kejohanan, semua para pelajar Shah Pekan diwajidkan menyertai latihan sebanyak 5 kali sebagai persediaan fizikal dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
Suasana kejohanan sungguh meriah sekali, kerana persaingan antara rumah begitu sengit! Penyertaan pelajar terbahagi 6 kategori iaitu LELAKI C, PEREMPUAN C, LELAKI B, PEREMPUAN B, LELAKI A dan PEREMPUAN A.
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut; RUMAH MURAD johan keseluruhan(533MATA), RUMAH HAMDAN naib johan(528 MATA), RUMAH AMINUDDIN tempat ke-3(520 MATA) dan ke-4 RUMAH RAHMAN(364 MATA). Kejohanan berakhir dengan peryampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap kategori dan johan keseluruhan, majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Abdullah bin Musa.